Setiap dari kita pernah mengalami sakit perut sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita. Kadang-kala sakitnya sebentar sahaja dan hilang setelah beberapa jam manakala ada juga sakit perut yang berlaku berulang-ulang kali sehingga kita dewasa. Pernahkah kita mengkaji apakah punca sakit perut yang berulang ini dan bagaimanakah seseorang boleh mendapatkan rawatan yang terbaik bagi masalah ini?
Fungsi Perut dalam Sistem Pencernaan
Sebelum memahami masalah keradangan perut, adalah baik jika kitaa boleh memahami asas kepada fungsi perut. Perut anda sebenarnya terletak di bahagiaan atas perut (bukan di pusat) di sebelah kiri. Perut bersambung dengan saluran esophagus di bahagian atas dan usus kecil di bahagian bawah. Ianya berfungsi untuk menghasilkan jus pencernaan untuk mengecilkan makanan dan memegang makanan sehingga makanan bersedia bergerak ke bahagian usus kecil. Perut juga mempunyai beberapa lapisan yang membantu perut melaksanakan fungsinya tersendiri. Jika lapisan ini terhakis, seseorang boleh menghadapi keradangan perut (gastritis).
Keradangan perut ataupun digelar gastritis ini adalah salah satu penyakit yang boleh dibahagikan kepada dua keadaan iaitu keradangan perut akut (Acute Gastritis) ataupun keradangan perut yang kronik (Chronic Gastritis) . Bagi masalah keradangan perut akut yang tidak dirawat di peringkat awal, ia boleh menyebabkan kepada keradangan perut yang kronik.
Apakah Punca-Punca Kepada Keradangan Perut?
- Bakteria Helicobacter Pylori (H.Pylori). Bakteria ini hidup secara semulajadi di dalam badan manusia. Ia membantu dalam proses neutralisasi asid yang terdapat dalam perut. Selain itu, bakteria ini juga boleh dijangkiti melalui air dan makanan yang terdapat bakteria H. Pylori di dalamnya.
- Keradangan autoiimune (autoimmune gastritis).
- Ubatan tertentu seperti ubat tahan sakit (NSAID) dan aspirin
- Racun dan alcohol
- Penyakit tertentu seperto Chron’s disease
- Rawatan radioterapi
Apabila seseorang mengalami keradangan perut, dia boleh mengalami beberapa symptom tertentu seperti sakit di bahagian atas perut, berasa loya dan muntah, selera makan yang berkurang dan berat badan yang berkurangan. Jika keradangan perut jenis akut yang berlaku, simptom-simptom ini kebanyakannya akan hilang selepas punca kepada masalah keradangan ini sudah dirawat. Namun demikian, simptom-simptom di atas mungkin berulang jika seseorang mengalami masalah keradangan perut yang kronik. Dalam sesetengah kes, seseorang juga akan menunjukkan petanda anaemia (iron deficiency anaemia) apabila mengalami masalah keradangan perut ini khususnya keradangan yang berpunca dari keadaan autoimmune disease.
H.Pylori Sebagai Punca Utama Masalah Keradangan Perut Kronik
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi samada seseorang mungkin dijangkiti bakteria H.Pylori ini. Antaranya adalah jika seseorang tinggal bersama dengan ahli keluarga atau rakan yang dijangkiti H. Pylori, tidak mempunyai bekalan air yang cukup bersih di rumah/restoran/tempat kerja ataupun tinggal di awasan yang tinggi kepadatan penduduknya.
Disebabkan risiko keadaan di atas, orang ramai digalakkan untuk memastikan sumber makanan dan minuman adalah sentiasa bersih. Pastikan juga tangan sentiasa dicuci dan dibersihkan dengan sabun sehingga bersih. Elakkan juga berkongsi makanan dengan mereka yang mempunyai masalah keradangan perut yang berpunca dari H. Pylori ini.
Apakah Ujian Yang Boleh Dibuat Untuk Mengetahui Punca Keradangan Perut?
Secara asas, ujian yang boleh dilakukan boleh dibahagikan kepada dua iaitu ujian yang invasif dan tidak invasive.
- Ujian invasif: endoskopi dan biopsi. Melalui endoskopi, sampel di bahagian perut boleh di ambil dan dibuat ujian seperti histologi, kultur dan molecular. Ujian seperti ini biasanya dilakukan oleh doktor pakar di klinik atau hospital. Keputusan yang diperoleh adalah agak tepat namun risiko bagi prosedur ini juga adalah tinggi seperti risiko pendarahan, jangkitan kuman dan lain-lain lagi.
- Ujian non-invasif.
- Ujian pernafasan urea (urea breath test): ujian ini mempunyai ketepatan keputusan yang tinggi bagi mengetahui jika jangkitan kuman H. Pylori adalah aktif atau sebaliknya. Melalui ujian ini, anda akan diminta untuk menghembuskan nafas ke dalam satu beg plastic kecil seterusnya minum air yang mempunyai kandungan molekul karbon sebelum ujian pernafasan dibuat. Selepas 30 minit, anda akan diminta untuk sekali lagi menghembuskan nafas pada beg kedua. Alatan khusus akan digunakan untuk menentukan samada jangkitan bakteria H. Pylori ada ataupun sebaliknya.
- Ujian serologi melalui darah atau sampel najis.
- Ujian darah lain (ujian autoimmune dan cancer marker)
Rawatan Masalah Keradangan Perut
Bergantung dengan punca berlakunya masalah keradangan perut, rawatan akan diberikan bagi memastikan punca masalah dapat diselesaikan. Sebagai contoh, jika seseorang terbukti mempunyai jangkitan bakteria H. Pylori yang aktif, ubat antibiotic dan proton pump inhibitor akan diberikan selama 14 hari. Manakala jika keradangan perut berpunca dari ubat tahan sakit (seperti NSAID), ubat akan ditukarkan kepada ubat tahan sakit yang lebih ‘mesra’ perut. Selain itu, sesetengah supplement juga boleh digunakan untuk memastikan kesihatan perut sentiasa di tahap optimum.
Komplikasi Keradangan Perut
Jika masalah keradangan ini tidak diatasi, beberapa penyakit lain boleh terjadi antaranya:
- Keradangan perut yang kronik
- Peptic Ulcer Disease
- Kanser perut
- Anaemia (iron deficiency, B12 deficiency)
- Pendarahan dalam perut
- Perut berlubang (Gastric obstruction and perforation)
- Kekurangan vitamin dan zat
Jika anda mempunyai sebarang persoalan lanjut, anda boleh berhubung dengan Universal Clinic untuk sesi konsultasi bersama doktor kami.