DOKTOR, BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPAT MASALAH STD NI?
DOKTOR, BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPAT MASALAH STD NI?

DOKTOR, BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPAT MASALAH STD NI?

SEGAN LA DOKTOR..MASALAH NI TERLALU PERSONAL.

Bekerja di klinik yang memfokuskan berkaitan kesihatan lelaki dan perempuan dewasa, perkataan di atas antara yang biasa saya dengar bila berjumpa dengan pesakit. Sudah tentu kita akan malu untuk membicarakan soal kesihatan yang melibatkan masalah tertentu lebih-lebih lagi yang berkaitan permasalahan kesihatan seksual. Ini adalah perkara yang normal bagi mana-mana manusia, setidak-tidaknya bagi masyarakat di Malaysia. Namun demikian, dengan pelbagai maklumat informasi yang boleh didapati melalui internet dan media sosial, masyarakat lebih terbuka untuk berbincang berkenaan permasalahan ini.

Walaupun terdapat informasi di internet berkaitan STD, adalah amat penting untuk mana-mana individu mendapatkan pandangan dan nasihat berkaitan masalah ini. Apakah sebabnya? Kajian telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyai permasalahan STD ini kebanyakan tidak mempunyai apa-apa simptom langsung. Kerana itulah STD ini adalah penyakit yang membunuh secara senyap (silent killer) terutama bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa simptom/petanda.

TAPI DOKTOR, SAYA BARU SAHAJA JUMPA GIRLFRIEND SAYA DAN HANYA BUAT LIGHT KISSING SAHAJA.

Mungkin ramai menganggap STD ini hanya boleh dijangkiti jika kita melakukan ‘intercourse’ (memasukkan alat kelamin melalui vagina/mulut). Tanggapan ini kurang tepat kerana salah satu jangkitan STD yang paling biasa dijumpai yang kita kenali sebagai Herpes Simplex boleh dijangkiti melalui kulit dan air liur. Manakala jangkitan jenis STD lain seperti HIV, chlamydia, sifilis dan lain-lain boleh didapati melalui sexual intercourse. Mudahnya, jika kita pernah membuat hubungan yang berbentuk fizikal dengan sesiapa sekalipun, kita terdedah kepada permasalahan STD ini. Namun demikian, sudah tentu mereka yang mengamalkan kaedah perlindungan tertentu dapat mengelakkan diri daripada penyakit STD ini.

Sebelum kita tahu cara melindungi diri dari STD, adalah lebih baik jika kita tahu siapakah golongan berisiko tinggi yang boleh mendapat jangkitan STD dengan lebih mudah berbanding populasi umum.

  1. Mereka yang melakukan hubungan seks tanpa menggunakan perlindungan seperti kondom.
  2. Mereka yang memiliki pasangan seksual yang ramai
  3. Mereka yang melakukan hubungan seks sesama jantina atau dengan kedua-dua jantina
  4. Mereka yang melakukan hubungan seksual dengan golongan berisiko tinggi seperti pelacur.
  5. Mereka yang melakukan suntikan dadah ke dalam badan (injecting drugs)

Golongan diatas adalah golongan yang lebih berisiko untuk mendapat permasalahan STD ini. Namun demikian harus diingat pasangan yang berkahwin atau hanya mempunyai seorang pasangan juga secara teorinya terdedah kepada penyakit STD ini. Oleh sebab itulah sebaiknya permasalahan ini perlu dibincang bersama doktor perubatan yang tepat supaya kita apat kenal pasti risiko terhadap penyakit STD ini.

JADI ADAKAH MEMANG SAYA TAK BOLEH BUAT HUBUNGAN DENGAN SESIAPAPUN?

Bukan tujuan saya menulis artikel untuk mengelakkan buat hubungan. Bahkan sesama manusia kita memang akan tertarik antara satu sama lain. Jadi hubungan kelamin antara pasangan adalah sesuatu yang normal bagi manusia. Beberapa langkah yang anda boleh fikirkan untuk mengurangkan risiko dari mendapat penyakit STD ini adalah:

  1. Mengelakkan membuat hubungan kelamin sebelum berkahwin (abstinence from sex)
  2. Mengamalkan hubungan monogami iaitu satu pasangan dalam jangka masa yang panjang
  3. Menggunakan alat perlindungan seperti kondom. Kaedah ini dalah yang paling selamat dan mudah didapati di farmasi berdekatan anda. Alat ini juga boleh mencegah kehamilan dengan sangat berkesan.
  4. Tidak melakukan hubungan kelamin dengan pasangan yang mempunyai masalah STD aktif
  5. PrEP dan PEP (Pre exposure prophylaxis atau Post Exposure Prophylaxis). Kaedah ubatan yang digunakan untuk mengelakkan jangkitan virus HIV.
  6. Mengelakkan dari membuat hubungan kelamin dengan golongan berisiko seperti yang dinyatakan di atas.
  7. Mengambil suntikan vaksin bagi pencegahan jangkitan Human Papilloma Virus.

Jadi, jika anda boleh amalkan tips-tips diatas, risiko anda untuk mendapat penyakit STD adalah hampir kepada sifar. Saya berharap artikel ringkas ini boleh membantu pembaca faham sedikit sebanyak berkaitan penyakit STD ini. Jika terdapat sebarang keraguan, boleh buat temujanji di Universal Clinic. Saya bersedia berbincang lanjut berkaitan masalah anda dengan lebih mendalam.

universalclinic.com.my

Leave a Reply